Saturday, March 12, 2011

KUCING ORGANIK 1MALAYSIA

Kucing spesyel ni mengiauww pun lain. bukan miawwww...miaww, tapi "mmahhhhhhhhhh....mmahhhhhhhhh".

Makanan pun hebat...berlagak macam tuannya jugak.

Friday, December 11, 2009

MENGAPA KUCING ORGANIK?

MUNGKIN PELAWAT AKAN TERKEJUT bilamana mengunjngi laman ini. apakah itu kucing organik? Yang depa dok dengaq hanyalah ayam organik Hpa ataupun sayuran dan baja organik.

di sini webmaster ingin menjelaskan sedikit sebanyak "kepihai" kucing organik agar tidak disalahsangkakan oleh para peminat serta pengunjung laman ini.

Pertama sekali, saudara/i hendaklah faham bahawa tabiat memelihara kucing samada organik ke tak organik adalah satu hobi yang baik serta tidak melanggar hukum agama. Bahkan,s eorang sahabat rasulullah saw yang merupakan seorang ahli hadith iaitu bergelar "abu hurayrah" yang bermaksud bapak kucing menandakan sahabat r.a berkenaan amat sukakan kucing. Sepertimana ada makanan yang halal dan haram, maka ada juga haiwan peliharaan (pets) yang halal serta haram. Mudah saja kan?

Keduanya, ketahuilah bahawa orang nombor dua (timbalan presiden) kelab kucing malaysia adalah seorang doktor muslimah yang bersuamikan orang perlis. Pangkatnya bolehlah dikatakan sebagai bertaraf timbalan perdana menteri bagi kucing (setaraf muhyidin yassin katakan). Bukan itu sahaja, malah Dr Hisham Bin Hashim juga merupakan seorang pakar batu asia yang turut meminati kucing dan memeliharanya di dalam rumah beliau sendiri. Selain projek ayam organik, tuan dr juga turut memelihara beberapa belasan ekor kucing yang boleh diklasifikasikan sebagai kucing organik.

Kucing oganik secaraamnya dikenali sebagai kucing kampong yang hidup dalam persekitaran organic bersma tuannya serta tidak mempunyai menu makanan khusus seperti frieskies dan sebagainya sepertimana kucing elit atau kucing bangsawan. Spesis kucing ini lebih manja, berdayatahan serta lebih daya survival jika dibandingkan dengan kucing-kucing bangsawan yang terlampau manja sehinggkan jika tikus lalu di depan hidung pun dia buat-buat tak tau saja. Kucing organic akan makan ikan, nasi, tikus dan herba-herba pilihan. Pengalaman penulis sendiri (IRs Zali) memerhatikan bahawa ibu kucing yang dipeliharanya juga turut memakan spesis tumbuhan tertentu di pagi hari. Malahan. Terdapat juga kucing kampong yang dipelihara oleh kenalan penulis yang turut memakan buah mempelam, timun dan durian. Tidak pelik kan?

Mungkin pemeliharaan kucing organic belum lagi popular di negara kita berbanding di Negara-negara maju di luar sana, akan tetapi saha-usaha yang berterusan hendaklah dilakukan oleh semua pihak, terutamanya peminat kucing (feline’s society) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan haiwan agar spesis ini dapat dimanfaatkan kewujudannya dari segi rantaian makanan serta eko-pelancongan. Kucing organic peliharaan IRs Zali sendiri turut diberi makan ayam organic HPA. Tidak mustahil bahawa suatu hari nanti pihak HPA akan meneroka projek pemeliharaan kucing organiknya selepas berjaya mewujudkan rangkaian penternak ayam organic bagi keperluan industri makanan halalnya yang amat kita kagumi. Wallahu ‘alam.

IRs Zali

Peminat Kucing Organik.